SeCrET

tell me what you want to hear
something that'll like those ears
sick of all the act sincere
so i'm gonna give all my secrets away

Wednesday, October 13, 2010

~muhammad nor ridzuan bin ishak~

seindah nama..seindah bicara..bicara hati kubuka dgn nama Penciptaku Yang Maha Agung..
Allah telah menciptakan hambaNya berpasang-pasangan..perempuan dicipta dan diambil dari tulang rusuk lelaki..sedang Nabi Adam keseorangan di dalam syurga yang indah,Allah menciptakan Hawa sebagai peneman Nabi Adam yang kesunyian..
wanita diciptakan untuk lelaki bukan untuk dijadikan hamparan semata..wanita diciptakan untuk lelaki agar martabat mereka dapat ditinggikan..hati mereka bukan untuk dipersendakan..mencari lelaki dan wanita itu memang mudah..tetapi untuk seseorang lelaki mencari tulang rusuknya kembali amat payah..
wanita bukan untuk disanjung..bukan untuk diagungkan..tetapi untuk memenuhi fitrah lelaki..wanita untuk dilindungi,,untuk dijagai,,untuk dibelai kerana hati mereka lembut..kelebihan mejadi wanita itu sangat tinggi..seorang wanita yang solehah lebih baik dari 40 lelaki yang soleh..sekiranya kedua-dua ibu bapamu memanggil namamu,,maka jawablah sahutan ibumu dahulu...


saya mungkin tulang rusukmu,mungkin juga tidak..kasih saya mungkin tidak sedalam Hawa kepada Adam..mungkin jauh dibandingkan kasihnya Khadijah kepada Rasulullah..mungkin tidak sehebat Aisyah dimata Rasulullah..tapi saya juga wanita yang mengharapkan tulang rusuk ini kepunyaanmu..kasih saya dibahagi kepada banyak..kepada Allah..kepada Rasulullah..kepada ibu bapa..kepada keluarga..kepada sahabat handai..tetapi untuk kamu tetap ada..

CORETAN KISAH KITA
  
lebih dua tahun yang lalu..kamu msg saya..kamu bgtau yang kamu bosan dgn orientasi..kamu escape..saya gembira..bukan kerana kamu escape..tapi kerana kamu masih ingat saya diwaktu kamu bosan dikelilingi kawan-kawan barumu..terima kasih kamu..

lebih setahun yang lalu..kamu msg saya..kamu bgtau kamu tak dapat rumah sewa lagi..hari kuliah esoknya..saya bukanlah tuan punya rumah sewa..tapi saya hanya mampu cadangkan sahaja..saya sentiasa tanya mengenai rumah sewa tu sampai malam..kamu ajak saya msg kemudian..saya tanya lagi..rupanya kamu dah dapat rumahnya dan kamu pergi karoke..saya gembira..bukan kerana kamu dapat rumah,,tapi kerana kamu punya kawan untuk karoke hilangkan tension walaupun tak bagitau saya..terima kasih kamu..

lebih setahun yang lalu..kamu msg saya..kamu bgtau kamu balik dari kuala lumpur..rombongan..bila kamu duduk di seat belakang,,kamu pening..kamu tak dapat nak tidur..saya bukan peti kecemasan di dalam bas tu..tapi saya cuba msg dgn kamu sampai kamu tiba d rumah dgn selamat..pukul 3pagi kamu sampai..saya gembira..bukan sebab kamu sampai rumah,,tapi sebab saya teman kamu time kamu bosan..terima kasih kamu..

lebih setahun yang lalu..kamu msg saya..tanya mcm mane nak buat ym..saya bukan programmer..tapi saya buatkan email dan ym utk kamu..saya gembira..bukan kerana kamu dah ada ym..tp kerana laptop saya menyumbang kepada perhubungan kita..terima kasih kamu..

lebih setengah tahun yang lalu..kamu msg saya..kamu bgtau kamu tak dapat lagi tempat untuk praktikal..kamu tension..saya bukan tuan punya bengkel..tapi saya cuba cadangkan tempat dan mintak kamu sabar..lastly kamu dapat jugak..saya gembira..bukan sebab kamu dapat tempat utk praktikal..tapi sebab kamu ceritakan masalah kamu kat saya..terima kasih kamu..

lebih setengah tahun yang lalu..kamu msg saya..kamu bgtau result kamu down..saya bukan kaunselor kamu..tapi saya cuba up kan mood kamu..kerana saya juga pernah rasakan yang sama..tak lame lepas tu kamu ok..saya gembira..bukan kerana mood kamu nak msg saya ok semula..tapi kerana saya sebahagian daripada duka kamu..terima kasih kamu..

lebih setengah tahun yang dulu..kamu msg saya..esok nya birthday kamu..saya bukan kek birthday atau perunding majlis birthday..tapi saya akan cuba jadikan birthday kamu setahun sekali yang happening..saya gembira..bukan sebab kamu suka dgn ape yang saya wat..tapi saya gembira kerana kamu makin tua..terima kasih kamu..

lebih beberapa bulan yang lalu..kamu msg saya..kamu ceritakan masalah register sem kamu..kamu tension..saya bukan lecturer kamu..tapi saya cuba tenteramkan kamu..saya dengar masalah kamu..saya bantu sebanyak yang saya mampu..saya tolong taip surat utk kamu..akhirnya,,semua selesai..saya gembira..bukan kerana kamu dapat masuk sem seterusnya..tapi sebab saya sebahagian daripada masa hadapan kamu..terima kasih kamu..

lebih beberapa bulan yang lalu..kamu msg saya..kamu cakap kamu nak balik rumah..hari dah lewat malam..saya bukan driver kamu..tapi saya tunggu kamu sampai rumah sampai pagi..kamu tak bgtau saya pun kamu dah sampai rumah..saya gembira..bukan kerana kamu selamat sampai rumah..tapi kerana esoknya kamu mesej saya..terima kasih kamu..

lebih beberapa bulan yang lalu..kamu msg saya..kamu tanya mcm mane nak uruskan ptptn kamu..saya bukan bendahari kamu..tapi saya cuba memberi pandangan..walaupun ntah pape..tapi kamu dengar jugak..saya gembira..bukan sebab kamu bertanya kepada saya..tapi sebab kamu sudi layan saya yang ntah pape..terima kasih kamu..

hampir setiap bulan..kamu msg saya..kamu tak dapat selesaikan soalan math..saya bukan pakar math..tapi saya cuba bantu kamu..bila dapat jawapan..kamu cakap terima kasih..saya gembira..bukan kerana saya berjaya tolong kamu selesaikan masalah itu..tapi kerana terima kasih kamu..terima kasih kamu..

hampir setiap bulan..kamu msg saya..kamu call saya..utk wish 5hb..saya bukan reminder kamu..tapi saya tak pernah lupa apa yang jadi 5hb..kita dah makin bertambah sebulan..saya gembira..bukan kerana kamu call saya..tapi kerana kamu dah tak lupa tarikh..terima kasih kamu..

hampir setiap bulan..kamu msg saya..kamu cakap rindu nak dengar suara saya lama2..saya bukan peti suara yang kamu boleh akses setiap hari..saya suruh kamu cari 1 nombor digi..saya topupkan nombor digi saya..kita gayut sampai sehari..saya gembira..bukan sebab kita dapat gayut lama2..tapi sebab kamu x bosan dengar suara saya..terima kasih kamu..

hampir setiap bulan..kamu msg saya..kamu cakap kamu tension belajar..kamu tension banyak assignment,kuiz,test..kadang-kadang saya yang terkena tension kamu..saya bukan tempat kamu melepaskan tension..tapi saya cuba menjadi pendengar yang baik..walaupun selalu gagal,,saya tetap gembira..bukan sebab kamu dah tak tension..tapi sebab saya tahu mcm mane nak nasihatkan kamu..terima kasih kamu..


hampir setiap bulan..kamu msg saya..ajak saya chatting kat facebook..saya bukan laptop kamu..tapi saya sangat gembira dapat chatting dengan kamu..line internet selalu tak betul..saya selalu menyumpah dalam hati..tapi saya gembira..bukan kerana dapat menyumpah dalam hati..tapi kerana dapat tengok status relationship kamu..
 
hampir setiap bulan..kamu msg saya..kamu cakap kamu sakit..saya risau..saya bukan doktor kamu..tapi saya akan cadangkan apa yang patut kamu buat untuk kembali sihat..bila kamu dah kembali sihat..saya gembira..bukan sebab kamu dah sihat..tapi sebab kamu dengar cakap saya..terima kasih kamu..


hampir setiap bulan..kamu msg saya..kita gaduh..saya bukan girlfriend kamu yang bagus..tapi saya akan cuba elakkan kita gaduh lama2..saya mintak maaf dgn kamu..saya tak kisah apa respon kamu..bila kita dah ok..saya gembira..bukan kerana kamu dah tak marah saya yang cepat hilang memori di kepala..tapi kerana kamu tak mintak clash dgn saya..terima kasih kamu..


hampir setiap date..saya akan tinggalkan kamu dengan kenangan agar kamu tak lupakan saya sampai date seterusnya..sbb kita jarang date..saya bukan kedai cenderamata..tapi saya cuba pastikan kamu gembira dengan saya walaupun saya hanya mampu bagi kamu senyuman..saya gembira..bukan kerana kenangan yang kamu berikan..tapi kerana senyuman dan keterbukaan kamu menerima apa yang saya berikan..terima kasih kamu..


hampir setiap date di rumah saya..saya akan cuba masak walaupun sikit sangat utk kamu..saya bukan chef handalan..tapi saya akan pastikan kamu dapat rasakan air tangan saya..saya gembira..bukan sebab kamu puji makanan di rumah saya sangat sedap..tapi sebab kamu cakap air oren saya manis..terima kasih kamu..


tiada niat tersembunyi..hanya tulus ikhlas dari hati..simpanlah di hati juga..
tulus ikhlas dari saya...

No comments:

Post a Comment